Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumMB PERLIS SERU SOKONG PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

MB PERLIS SERU SOKONG PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

“Perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan daripada ditindas, mengingatkan kita tentang betapa berharganya kemerdekaan yang kita miliki.

“Saya menyeru, supaya kita semua sentiasa menyokong dan bersolidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam mencari keamanan dan keadilan,” kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis 2024 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Katanya, perjuangan untuk kemerdekaan perlu didefinisikan dari sudut kebebasan fizikal dan kebebasan minda dan jiwa disamping memperjuangkan keadilan dan membantu mereka yang tertindas.

“Marilah kita ingat bahawa kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini, bukan sekadar satu peristiwa sejarah, tetapi satu perjalanan yang berterusan.

“Marilah kita terus bersatu padu, bekerjasama, dan saling membantu antara satu sama lain, demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,” kata beliau lagi.

“Semoga Allah memelihara kemerdekaan ini agar Malaysia termasuklah Negeri Perlis, terus maju, aman dan sejahtera,” tambahnya.

Berangkat hadir ke majlis tersebut Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Che Murad Sayang Ramjan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments