Monday, 16 June, 2025
HomeMakluman aktivitiSAMBUT MERDEKA DI STADIUM DAN MENANG MOTOSIKAL

SAMBUT MERDEKA DI STADIUM DAN MENANG MOTOSIKAL

Rakyat Perlis dijemput menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis 2024 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar pada 30 Ogos ini.

YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata orang ramai yang hadir bakal berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah utama berupa sebuah motosikal.

Beliau memaklumkan perkara demikian ketika mempromosikan majlis tersebut di Konti Perlis fm baru-baru ini.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang menonton Persembahan Pantomim Kemerdekaan oleh PDRM Kontinjen Perlis yang pernah mendapat tempat ketiga Pertandingan Pantomim Peringkat Kebangsaan.

Dalam pada itu, pasukan keselamatan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga bakal mengadakan Persembahan Kawad Senyap.

Persembahan Tarian Tradisional Tarian Cik Lang, Tarian Canggung dan Tarian Hadrah oleh pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi juga dijangka bakal menarik perhatian.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments