Sunday, 16 March, 2025
HomeSukanSUKMA : 12 PINGAT SETAKAT HARI KE-4

SUKMA : 12 PINGAT SETAKAT HARI KE-4

Skuad Simba Perlis mencipta kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih sebanyak 12 pingat dalam tempoh empat hari pertama Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA) Sarawak 2024.

Kejayaan pertama hadir apabila Zin Wong menyumbang emas dalam acara Taekwando Poomsae Individu Wanita, sekaligus mencipta sejarah sebagai atlet pertama dari Perlis yang berjaya meraih emas di SUKMA kali ini.

Kejayaan Zin Wong tidak terhenti di situ apabila beliau bersama pasangan, Zhi Bin Yeap, berjaya menambah koleksi emas Perlis dengan memenangi acara Taekwondo Poomsae Mix Pair Campuran.

Sementara itu, Muhammad Azri Irfan Azhar dan Nadia Aina Syazwani Ishak turut menyumbang emas untuk Perlis. Muhammad Azri berjaya mengungguli acara Angkat Berat Kategori 55kg Lelaki manakala Nadia Aina menunjukkan prestasi luar biasa dalam acara Taekwando Kategori 67kg Wanita.

Bagi pingat perak, Zhi Bin Yeap, yang juga pemenang emas dalam acara Taekwondo Poomsae Mix Pair Campuran, menambah koleksi peribadinya dengan satu pingat perak dalam acara Taekwando Poomsae Individu Lelaki.

Yuan Kang Lim dan Yuan Ze Lee turut menghadiahkan Perlis pingat perak masing-masing dalam acara Wushu Kategori 60kg-65kg Lelaki dan 65kg-70kg Lelaki.

Skuad Simba juga berjaya membawa pulang lima pingat gangsa sehingga hari ini. Amirul Fadhil Ahmad Yasir menyumbang gangsa dalam acara Wushu Kategori 56kg-60kg Lelaki, manakala Bernice Low Yu Han memperolehnya dalam acara Karate Kata Individu Wanita.

Taekwando juga terus menyumbang apabila Yaasvin Kumar Rameas dan Puarasen Nadarajan masing-masing meraih gangsa dalam kategori Lelaki bawah 87kg dan melebihi 87kg.

Selain itu, acara Karate Kata Berpasukan Wanita turut menghadiahkan pingat gangsa melalui gandingan Bernice Low Yu Han, Aleyssa Lim Cze Lee dan Teh Khye Xhing.

Dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan padu daripada seluruh kontinjen, Perlis bertekad untuk terus mencipta kejayaan dan memburu lebih banyak pingat emas dalam baki acara SUKMA Sarawak 2024.

CDM Skuad Simba Perlis, Wan Zikri Afthar menyampaikan pendahuluan insentif kepada atlet yang berjaya meraih pingat dalam acara yang dipertandingkan.

Chef de Mission Skuad Simba Perlis, YB Wan Zikri Afthar dalam Facebook beliau mengucapkan tahniah kepada para atlet yang berjaya serta jutaan terima kasih kepada barisan jurulatih dan urus setia yang bertungkus lumus untuk kejayaan ini.

“Perjalanan mesti diteruskan, banyak lagi acara untuk kita menang,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments