Monday, 16 June, 2025
HomePelanconganMB, EXCO SANTUNI PELANCONG DI PERLIS

MB, EXCO SANTUNI PELANCONG DI PERLIS

Menteri Besar Perlis, YAB Mohd Shukri Ramli, telah memimpin Konvoi Pelancongan sempena Tahun Melawat Perlis 2024/2025 yang diadakan baru-baru ini.

Konvoi ini melibatkan 25 buah motosikal dan telah mendapat sambutan hangat daripada para pelancong serta penduduk tempatan.

Acara ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perlis untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri.

Destinasi pertama yang dilawati oleh konvoi ini adalah Pasar Terapung JPS Perlis. Di sini, YAB Mohd Shukri bersama dengan barisan EXCO dan pegawai kerajaan negeri telah beramah mesra dengan para pelancong yang hadir, termasuk beberapa pelancong dari Pulau Pinang.

Mereka juga mengambil kesempatan untuk bertemu dengan para peniaga tempatan, yang rata-rata merupakan penduduk setempat yang menyumbang kepada ekonomi negeri.

Selepas melawat Pasar Terapung, konvoi meneruskan perjalanan ke Taman Ular dan Reptilia Perlis di Sungai Batu Pahat. Di sini, YAB Mohd Shukri meluangkan masa untuk menyantuni kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna, selain menonton persembahan ular yang dipersembahkan oleh kakitangan taman tersebut. Acara ini menambahkan lagi keunikan pengalaman pelancongan di Perlis.

Menariknya, YAB Mohd Shukri turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada Taman Ular dan Reptilia Perlis. Sumbangan tersebut berupa pasir untuk kegunaan buaya yang bakal bertelur tidak lama lagi, makanan kepada haiwan seperti kucing dan rusa, serta peralatan perkebunan.

Konvoi pelancongan ini turut disertai oleh barisan EXCO Kerajaan Negeri Perlis, termasuk YB Azmir Azizan, YB Izizam Ibrahim, YB Asrul Aimran, dan YB Wan Zikri Afthar serta ADUN Beseri, YB Haziq Asyraf.

Turut serta dalam konvoi adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Che Murad Sayang, serta Pegawai Kewangan Negeri, Haji Zepri Saad.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments