“Mus’ab ibnu Umar r.a. dalam Perang Uhud, walaupun sebelah tangannya dipotong, beliau tetap menjulang panji dengan sebelah lagi tangannya. Kemudian, apabila kedua-dua tangannya dicantas musuh, Mus’ab merapatkan kedua-dua lengannya ke dada untuk menahan panji itu daripada terjatuh.
Demikian ucapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli semasa melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis 2024 semalam di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Kangar, di sini, semalam.
“Mudahan dengan kisah ini, kita sedar bahawa jatuh bangun sebuah negara adalah
bergantung kepada perjuangan rakyatnya,” tambah beliau.
Tambah beliau, pelbagai program telah diatur oleh agensi dan jabatan di Perlis dan berharap seluruh rakyat dapat menyertai program tersebut bagi menunjukkan semangat cintakan tanah air sempena Bulan Kemerdekaan ini.
Antara program yang akan diadakan ialah program kayuhan dan larian patriotik, Konvoi Kibarkan Jalur Gemilang, khutbah khas penghayatan bulan kemerdekaan, dan acara kemuncak ialah Majlis Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis pada malam menjelang tanggal 31 Ogos 2024 nanti.
Usai majlis tersebut, beliau sendiri membuat pelepasan konvoi kenderaan Kempen Kibar Jalur Gemilang melibatkan tiga kumpulan mewakili tiga buah parlimen.