Sepanjang November 2022 sehingga Julai 2024, Kerajaan Negeri Perlis telah meluluskan 12 pelaburan baharu di negeri ini. Keseluruhan projek dan pelaburan itu adalah tidak melibatkan jumlah pelaburan dari sesi yang lepas.
Menurut Menteri Besar Perlis semasa berucap di Sidang Dun baru-baru ini menyatakan beberapa jumlah dari syarikat-syarikat pelabur dari sesi lepas dan 12 pelaburan baharu bernilai lebih RM2 bilion sejak 20 bulan yang lalu.
Menurut data rujukan melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, jumlah keseluruhan pelaburan baharu bernilai RM 2.007 bilion.
Pelaburan tersebut dibahagikan kepada enam sektor iaitu pertanian, perkhidmatan pelancongan, perindustrian, logistik, perkhidmatan serta tenaga boleh diperbaharui (solar).
Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang berakhir Rabu lalu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli turut menyatakan syarikat yang melabur di Perlis sejak November 2022 lalu berjumlah 12 buah syarikat.
Tujuh daripada syarikat tersebut melabur di Kawasan Lembah Perindustrian Chuping (CVIA) manakalan baki lima syarikat melabur di luar dari kawasan tersebut.
“Ahli-ahli Yang Berhormat kena war-war segera kepada anak muda kita supaya mereka bersedia untuk bekerja di sini dan kita nak penuhkan kilang-kilang kita dengan pekerja tempatan,” katanya lagi.
12 pelaburan tersebut disasar akan membuka sebanyak 1191 peluang pekerjaan.