Sunday, 16 March, 2025
HomePelaburanPERLIS TERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM2 BILION SEJAK NOVEMBER 2022 - MB PERLIS

PERLIS TERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM2 BILION SEJAK NOVEMBER 2022 – MB PERLIS

Kerajaan Negeri Perlis telah meluluskan sebanyak 12 pelaburan baharu bernilai RM2 bilion sejak tampuk pemerintahan diambil alih oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

Pelaburan tersebut termasuk sektor pertanian, pembuatan, pelancongan serta logistik.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata antara pelaburan yang telah diluluskan ialah daripada Syarikat Jabil dengan pelaburan bernilai RM53 juta, MRCB RM54 juta, UniKL ASTI RM196 juta, Kenaf Venture Global RM92 juta dan pelaburan di Perlis Inland Port (PIP) bernilai RM1.2 bilion.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Dewan Undangan Negeri yang baru sahaja selesai pada tengah hari tadi.

Tambah beliau, tujuh daripadanya ialah pelaburan syarikat yang telah diluluskan di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.75 bilion.

Mohd Shukri berkata, selain pelaburan yang mampu memberi keuntungan wang ringgit, pihaknya juga menjadikan peluang pekerjaan kepada anak Perlis sebagai kayu ukur dalam meluluskan satu-satu pelaburan yang ingin masuk ke Perlis.

“Antara aspek yang diambil kira adalah seperti mewujudkan peluang pekerjaan, peluang perniagaan kecil hasil daripada permintaan tenaga kerja dan peluang mewujudkan pusat pertumbuhan baru di negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, Pelaburan di CVIA itu adalah merangkumi sektor pembuatan, perindustrian dan sektor tenaga boleh diperbaharui dan solar.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments