Friday, 14 November, 2025
HomeSukanINSENTIF RM5,000 UNTUK ATLET PERLIS RAIH EMAS SUKMA 2024

INSENTIF RM5,000 UNTUK ATLET PERLIS RAIH EMAS SUKMA 2024

Kerajaan Negeri Perlis sedia menawarkan RM5,000 sebagai insentif kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara individu bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 Sarawak.

“Pendahuluan RM1,000 akan diberikan terus kepada atlet sebaik dia turun daripada podium,” ujar beliau.

Bagi atlet yang meraih pingat perak dan gangsa induvidu pula masing-masing akan menerima insentif sebanyak RM3,700 dan RM2,400.

SUKMA XXI Sarawak ini bakal bermula 17 Ogos hingga 24 Ogos ini dan akan berlangsung di sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Katanya lagi, Perlis meletakkan sasaran 10 pingat emas dengan prospek utama daripada sukan taekwando, angkat berat olahraga dan pelayaran.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas Seminar Pengukuhan Pegawai-pegawai Masjid Negeri Perlis di Dewan Warisan, di sini semalam.

Perlis bakal bersaing dalam 28 daripada 37 acara keseluruhan yang dipertandingkan dengan kekuatan seramai 284 orang atlet dan 114 orang pegawai.

Katanya lagi, Perlis pernah mencapai kejayaan terbaik dengan meraih 12 pingat emas dalam SUKMA 2014 dan berkeyakinan untuk memecahkan rekod tersebut pada temasya kali ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments