Sunday, 16 March, 2025
HomePertanianPESAWAH BERGELUT MASALAH KEKURANGAN AIR

PESAWAH BERGELUT MASALAH KEKURANGAN AIR

Proses penanaman padi terutamanya di kawasan Semadong, Tebing Tinggi dan Wang Kelian dan sekitarnya tergendala akibat krisis air yang semakin meruncing.

Hujan yang melanda Perlis baru-baru ini tidak masuk ke kawasan tadahan hujan iaitu di Empangan Timah Tasuh.

Razali Saad, EXCO Pertanian Negeri Perlis berkata masalah ini timbul selepas berlaku pengurangan jumlah hujan di kawasan tadahan empangan dalam tempoh enam bulan pertama 2024.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah menghantar permohonan pelaksanaan operasi pembenihan awan kepada pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Selain berharap daripada Allah Taala supaya diturunkan hujan, kita juga harap Kerajaan Persekutuan membantu dengan melaksanakan operasi pembenihan awan.

Sehingga kini, terdapat 150 hektar kawasan penanaman padi masih belum dapat dimulakan kerana ketiadaan air dan kebimbangan petani terhadap kelangsungan bekalan air semakin meningkat untuk tempoh 3 bulan seterusnya.

Faris yang merupakan salah seorang petani muda di Semadong berkata kawasan tersebut kebiasaannya mampu menghasilkan padi sehingga 2.5 tan metrik pada satu-satu musim.

“Kami di sini kebanyakannya memang golongan muda-muda dan buat padi secara sepenuh masa,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments