Sunday, 15 June, 2025
HomeAgamaPERLIS LAKUKAN PENGHIJRAHAN BESAR, TIADA LAGI PREMIS JUDI - MB PERLIS

PERLIS LAKUKAN PENGHIJRAHAN BESAR, TIADA LAGI PREMIS JUDI – MB PERLIS

“Bermula April tahun ini dengan mengambil keberkatan Ramadan, tiada lagi premis judi di Negeri Perlis, yang umum mengetahui aktiviti ini boleh membawa kerosakan kepada diri, keluarga malah kehidupan masing-masing.

Demikian ucapan YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli semasa menghadiri majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri 1446H/2024M yang diadakan di Dewan Serbaguna PUSPEN, Bukit Chabang, baru-baru ini.

Ujarnya, perkara tersebut merupakan satu penghijrahan besar demi mengharapkan keredaan dan pertolongan daripada Allah S.W.T.

“Apa yang kita semua harapkan semoga mendapat keredhaan dan
pertolongan daripada Allah SWT serta memberkati negeri yang kita
cintai ini dan akan mengurniakan rezeki yang akan dinikmati oleh
seluruh rakyat yang berbilang kaum dan agama di negeri Perlis ini,” ujarnya.

Tambah beliau, Islam adalah agama yang mengangkat kemuliaan insan, dan menyelamatkan kita daripada segala bentuk kejahatan dan penganiayaan yang berlaku dalam sejarah hidup umat manusia.

“Islam mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliyah kepada
Cahaya Islam.

“Kerajaan Negeri akan terus komited dan sentiasa menyokong hasrat DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis melalui dasar-dasar yang selari dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan Perlembangaan Persekutuan.

Turut berangkat hadir ke majlis tersebut ialah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra serta Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments