Sunday, 16 March, 2025
HomeInfrastrukturMASALAH AIR BERTAKUNG DI HADAPAN SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN AKHIRNYA SELESAI

MASALAH AIR BERTAKUNG DI HADAPAN SMK TUANKU LAILATUL SHAHREEN AKHIRNYA SELESAI

Masalah air bertakung di hadapan SMK Tuanku Lailatul Shahreen sangat menggangu pelajar, waris dan guru-guru yang setiap hari menggunakan laluan tersebut untuk keluar masuk ke sekolah mereka.

Kejadian tersebut kerap kali berlaku terutama apabila berlaku hujan lebat walaupun hanya sekitar satu jam.

ADUN Sena, YB Datin Marzita Mansor dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sena mula mengambil cakna masalah tersebut selepas mendapat aduan pada pertengahan Ogos 2023.

Menurut Marzita, beliau selepas mendapat aduan tersebut telah berurusan dengan agensi terbabit seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis untuk tindakan selanjutnya.

Akhirnya pada 9 Julai 2024 masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak berkaitan seterusnya memudahkan urusan warga SMK Tuanku Lailatul Shahreen.

“Saya harap masyarat DUN Sena terutamanya tidak segan silu untuk membuat aduan kepada pihak kami demi kesejahteraan kita bersama,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments