Sunday, 16 March, 2025
HomePelanconganLALUAN KUALA PERLIS-SATUN MERIAH SUATU KETIKA DAHULU - MB PERLIS

LALUAN KUALA PERLIS-SATUN MERIAH SUATU KETIKA DAHULU – MB PERLIS

Menteri Besar Perlis memaklumkan pihaknya akan buat permohonan rasmi kepada YAB Perdana Menteri untuk pertimbangan kerajaan persekutuan membuka semula laluan sempadan antara Kuala Perlis-Satun dan operasi Terminal Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kuala Perlis.

Beliau berkata pihaknya menerima permintaan daripada rakyat tempatan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah.

“Dulu, pintu masuk Perlis melalui Kuala Perlis-Satun penuh dengan kemeriahan bot panjang dan pelbagai aktiviti. Kita mahu kembalikan suasana itu,” ujarnya.

Katanya, pembukaan semula laluan feri ke Satun mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat.

Faktor masa perjalanan yang singkat untuk merentas sempadan juga sangat memainkan peranan untuk menarik pelancong luar datang ke Perlis.

Menurutnya, hubungan kekeluargaan yang wujud antara masyarakat di Satun dan Kuala Perlis pasti dapat meningkatkan aliran keluar masuk pelancong di laluan tersebut sekiranya dibuka kembali.

“Dalam setengah jam sudah boleh sampai sekiranya menggunakan bot panjang dari Satun ke Kuala Perlis berbanding satu setengah jam sekiranya menggunakan laluan darat seperti Wang Kelian dan Padang Besar.

“Bulan Ogos nanti saya akan bertemu dengan Gabenor Satun. Kami berharap langkah ini akan menarik lebih ramai pelancong, terutama sekali menjelang Tahun Melawat Perlis 2024/2025,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments