Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPERLIS SASAR TARIK PELANCONG DARI SWEDEN

PERLIS SASAR TARIK PELANCONG DARI SWEDEN

“Kita minta untuk dia uar-uarkan tentang tempat-tempat pelancongan di Perlis ini,” ujar YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas ditanya berkenaan kunjungan hormat yang diterima daripada deligasi Duta Besar Sweden, Dr. Joachim Bergström, di pejabatnya, baru-baru ini.

“Beliau turut dibawa melawat ke Kampung Warna Warni, Seberang Ramai, Kuala Perlis serta View Point Wang Kelian,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata pertemuan pihak Kerajaan Negeri Perlis bersama Dr. Joachim banyak membincangkan perihal pendidikan dan hubungan dua hala antara universiti di Sweden dan Perlis.

“Kita akan ada hubungan antara universiti di Sweden dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis,” ujar beliau.

“Selepas pertemuan tersebut, beliau turun sendiri ke UniMAP untuk buat perbincangan.

Antara yang menarik dalam kunjungan tersebut ialah inisiatif Kerajaan Negeri Perlis memartabatkan tulisan Jawi mendapat perhatian Dr. Joachim apabila beliau turut menurunkan tandatangan dalam tulisan jawi di dalam Buku Pelawat Pejabat Menteri Besar.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments