Sunday, 16 March, 2025
HomeSukanPERLIS PERKENAL TIGA PIALA BAHARU CUNGKIL BAKAT BOLA SEPAK TEMPATAN

PERLIS PERKENAL TIGA PIALA BAHARU CUNGKIL BAKAT BOLA SEPAK TEMPATAN

Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memperkenalkan tiga piala baharu iaitu Piala Perlis, Piala Komuniti Perlis serta Piala Fairplay.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh EXCO Belia dan Sukan, Wan Zikri Afthar Ishak dalam ucapannya semasa Pelancaran Liga Super Perlis 2024, di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, baru-baru ini.

Kata beliau, Piala Perlis mirip format Piala FA manakala Piala Komuniti Perlis mirip format Piala Sumbangsih.

“Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menganjurkan Liga Tunas Perlis iaitu platform liga akar umbi dan Liga Perdana Perlis iaitu liga untuk pasukan tier kedua yang ingin menyertai liga ini,” tambah beliau.

Inisiatif ini menurut beliau mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyatakan penghargaan kepada barisan penaja yang memberi sumbangan kepada liga dan pasukan yang bertanding dalam Liga Super Perlis 2024.

“Terima kasih kepada semua penaja yang telah menyumbang terhadap liga ini dan juga kepada pasukan. Jasa dan sumbangan anda amatlah besar maknanya kepada sukan bola sepak Perlis,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments