Sunday, 20 July, 2025
HomeUmumRUMAH PANGSA KUALA PERLIS PERLU SEGERA DIPERBAIKI, SIMEN SILING JATUH, PAM AIR...

RUMAH PANGSA KUALA PERLIS PERLU SEGERA DIPERBAIKI, SIMEN SILING JATUH, PAM AIR SUDAH UZUR

Dua buah rumah di Rumah Pangsa Kuala Perlis terjejas teruk selepas kepingan simen siling telah jatuh sehingga menampakkan besi konkrit.

Dalam pada itu, rumah pam air yang digunakan oleh penduduk rumah pangsa tersebut juga telah uzur sehingga perlu diselenggara secara manual dan dipantau oleh penduduk secara bergilir-gilir.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli mengadakan lawatan meninjau keadaan semasa Rumah Pangsa Kuala Perlis semalam berikutan hasil kajian awal mendapati bangunan tersebut tidak selamat diduduki.

Kata beliau pihak kerajaan negeri pernah membuat pembaikan di rumah pangsa tersebut beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau turut memberi maklum balas berkaitan keputusan untuk pembaikan semula rumah tersebut akan dibuat segera oleh pihak JKR dalam bulan Julai.

Beliau hadir bersama EXCO Perumahan, Asrul Aimran Abd Jalil dan ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah.

Menurut Asrul Aimran, terdapat 150 unit rumah yang berpenghuni dalam rumah pangsa tersebut.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments