Monday, 16 June, 2025
HomeInfrastrukturJKR BUAT KAJIAN LANJUT STRUKTUR BANGUNAN RUMAH PANGSA KUALA PERLIS

JKR BUAT KAJIAN LANJUT STRUKTUR BANGUNAN RUMAH PANGSA KUALA PERLIS

Kerajaan negeri meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat kajian dan keputusan segera berkenaan rumah pangsa tersebut samada selamat atau tidak selamat untuk diduduki.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli baru-baru ini ekoran bangunan milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) tersebut kelihatan tidak selamat diduduki.

“Rumah itu kita tengok strukturnya baik, cuma ada beberapa tempat yang pecah atas faktor rumah tersebut dalam kawasan lembah serta faktor air masin menyebabkan simen pecah dan lekang,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata bangunan tersebut baru berusia 25 tahun dan keputusan awal kajian tersebut mendapati rumah tersebut masih boleh diperbaiki.

“Cuma kita perlu buat kajian yang kedua, kita minta JKR selesaikan dalam bulan Julai.

Tambah beliau, kos kajian tersebut tidak melebihi RM50,000 ditanggung oleh kerajaan negeri namun jika berlaku perpindahan akan memerlukan perbelanjaan sekitar RM30-RM40 juta.

Menurutnya, bekas bangunan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan dijadikan penempatan baharu kepada penduduk rumah pangsa tersebut sekiranya bangunan berkenaan didapati tidak selamat.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments