Monday, 16 June, 2025
HomeSukanKITA TIDAK PERNAH KEKURANGAN PEMAIN HEBAT - MB PERLIS

KITA TIDAK PERNAH KEKURANGAN PEMAIN HEBAT – MB PERLIS

“Kualiti pemain ini saya rasa kita tidak pernah kekurangan, Negeri Perlis ini tidak pernah kekurangan pemain yang hebat-hebat,” kata YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam sidang media sempena Pelancaran Liga Super Perlis 2024, di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, di sini, semalam.

“Peringkat bawah 18, sekolah pun kita dapat tempat kedua kebangsaan, dan mutu permainan dalam Liga Super tahun lepas juga banyak dapat pujian daripada orang-orang berpengalaman dalam bola sepak,” tambah beliau.

Dalam pada itu, EXCO Pembangunan Belia dan Sukan, Wan Zikri Afthar Ishak berkata misi utama pihaknya sekarang adalah untuk meningkatkan tahap pengurusan kelab dan persatuan itu sendiri.

“Lapan team yang menyertai liga ini telah melalui beberapa fasa tapisan, pasukan yang tidak hadir ke taklimat-taklimat yang kita wajibkan, kita tidak benarkan masuk,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji inisiatif kelab untuk mencari tajaan serta mempunyai media sosial sendiri bagi membangun dan mempromosikan kelab kepada peminat bola sepak tempatan.

“Pasukan Bintong FC antaranya berjaya mendapat tajaan hampir RM80,000, kita perlu belajar cara bagaimana mereka meyakinkan penaja untuk memberi tajaan kepada mereka yang hanya bermain dalam liga negeri.

Tambah beliau, inilah masa untuk rakyat Perlis turun ke stadium bagi memberi sokongan kepada anak tempatan bermain bola sepak disamping membantu kewangan pasukan melalui hasil pembelian tiket.

“Waktu inilah kita nak tengok macam mana penyokong Perlis betul-betul ‘support’ anak tempatan kita bermain bola di stadium kerana lebih ramai yang masuk, lebih banyak kutipan tiket itu masuk kepada kelab,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments