Monday, 16 June, 2025
HomePelaburanPIP DIJANGKA SIAP 2025, PELUANG PEKERJAAN LOGISTIK UNTUK ANAK PERLIS

PIP DIJANGKA SIAP 2025, PELUANG PEKERJAAN LOGISTIK UNTUK ANAK PERLIS

Pembinaan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) Fasa 1 dijangka siap pertengahan 2025 dan telah mencapai kemajuan 30.9% pada Mei 2024.

Menurut Mutiara Perlis Sdn.Bhd. pelbagai peluang pekerjaan logistik tersedia buat anak Perlis seperti pengendali pelabuhan, pemandu trak terminal, serta peluang pekerjaan dalam penggudangan seperti pembungkusan, pelabelan, dan pemenuhan pesanan (fulfilment).

Dalam pada itu, pelabuhan tersebut mampu menampung 300,000 buah kontena pada satu-satu masa selepas selesai pembinaan fasa 1 tersebut.

Ia mempunyai kapasiti dua kali ganda lebih besar daripada kapasiti Terminal Kargo Padang Besar pada ketika ini iaitu 150,000 buah kontena.

Pelan pembinaan PIP yang diunjurkan sehingga 2030 tersebut dibina di atas 500 ekar tanah di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) bakal menyediakan fasiliti lengkap bagi memacu kawasan perindustrian tersebut.

Fasiliti tersebut ialah Multimodal Transfer Road to Rail iaitu sistem yang membolehkan pemindahan kargo yang efisien antara jalan raya dan rel keretapi, meningkatkan kecekapan logistik.

Selain itu, PIP akan menyediakan fasiliti penggudangan , fasiliti untuk kontena berpendingin yang penting untuk barangan mudah rosak serta ‘Non-Containerized Cargo Facilities’ termasuklah pengendalian kargo pukal dan cecair seperti minyak sawit mentah (Crude Palm Oil), LNG, dan LPG.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments