Agensi telah mendapat arahan untuk menebang pokok yang dinilai sebagai tidak selamat bermula mesyuarat jawatankuasa bencana sejak dua minggu lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Asrul Aimran Abd Jalil selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar, semalam.
“Hari ini pun kita tegaskan perkara yang sama, kita minta agensi selesaikan perkara tersebut supaya perkara yang tidak diingini berulang semula,” ujar beliau.
“Rata-rata pokok di Perlis ini sudah berusia lebih 30 tahun.
“Bagi pokok yang berada dalam premis persendirian terutama banyak di sekitar Jalan Tambun Tulang, kita akan jumpa dengan pemilik premis supaya pokok tersebut dapat dibuang.
“Pokok yang berada di jalan-jalan utama banyak yang telah ditebang dan dipangkas selepas kejadian ribut tahun lepas.
“Kebanyakan pokok yang berada di tepi jalan ialah pokok jati, pokok yang ditebang kita cadang supaya hasilnya akan membawa pulangan kepada kerajaan negeri, bukan dibuang begitu sahaja.
“Perlis berada dalam laluan angin dan banyak kawasan tanah lapang menyebabkan angin yang tidak kuat pun dilihat menerbangkan khemah dan sebagainya.