“Kita sebenarnya telah minta Jabatan Perhutanan buat kajian berkenaan pokok yang struktur tidak tidak minta untuk ditebang”
Demikian ulasan YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika ditanya berkenaan kejadian insiden pokok tumbang ketika ribut yang melanda Perlis pada Ahad lepas.
“Kita tidak dapat nak mengelakkan apabila berlaku ribut, kita tidak boleh jangka.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak akan menebang semua pokok-pokok tersebut kerana ia menggangu sumber oksigen kepada kehidupan.
“Kita telah minta Jabatan Perhutanan dan (JKR) Jabatan Kerja Raya untuk buat kajian khususnya di tepi jalan dan tepi sungai dan banyak yang telah ditebang.
Tambah beliau, kerja-kerja menebang pokok-pokok yang berada dalam keadaan bahaya ini akan dilakukan secara berterusan.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Negeri Perlis, Kangar.