Seorang ibu muda berumur 18 tahun mengalami keguguran akibat dimempap pokok dalam kejadian ribut beberapa hari lalu di Jalan Kampung Padang Benta, Simpang Empat.
Mangsa Nuraleya Syazreena Rosla dan suaminya Muhammad Danish Hakim Hanizam, 18 kini menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar
“Mangsa alami kecederaan tulang belakang dan kini ditidurkan,” ujar YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli selepas melawat mangsa.
“Dia masih muda, baru 18 tahun, kita harap dia segera pulih,” ujarnya.
“Dia balik dari kedai makan mak mentua konvoi 3 buah motosikal bersama kakak dan ibu bapa mentua.
Beliau hadir menemui ayah mentua mangsa bersama EXCO Kesihatan, Megat Hashirat Hassan.