Sejumlah 125,000 anak udang galah dengan nilai RM15 ribu dilepaskan di dalam Tasik Timah Tasoh baru-baru ini.
Acara berkenaan disempurnakan oleh YB Razali Saad, EXCO Pertanian diiringi Encik Mohammed Roshaizat Mustaffa, Pengarah Perikanan Negeri Perlis.
Acara tersebut dilaksanakan sempena program amali oleh pelajar-pelajar bidang Teknologi Marin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis dengan kerjasama my Komuniti Perikanan (myKP) dan Jabatan Perikanan.
Pelajar-pelajar tersebut berkampung di Santuari Ikan Air Tawar selama dua hari bagi merasai sendiri pengalaman nelayan setempat mencari rezeki di kawasan tersebut.