Monday, 16 June, 2025
HomePrasaranaLITAR PINTAS PAPAN SUIS UTAMA LRA 4 PUNCA BEKALAN AIR TERPUTUS

LITAR PINTAS PAPAN SUIS UTAMA LRA 4 PUNCA BEKALAN AIR TERPUTUS

“Berpunca daripada litar pintas,” ujar EXCO Infrastruktur, YB Izizam Ibrahim ketika mengulas kejadian gangguan bekalan air melibatkan pengguna sekitar Kangar dan Arau.

Beliau berkata demikian selepas meninjau sendiri lokasi kejadian di Loji Rawatan Air Fasa IV di Kampung Sena, Arau usai Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pagi tadi.

“Ini loji paling besar di Perlis, melibatkan lebih 40,000 akaun pengguna,” katanya lagi.

Menurut beliau, kerja baik pulih kerosakan sudah berjaya diselesaikan dan pihak Syarikat Air Perlis (SAP) sedang melakukan ujian sebelum bekalan air dapat dipulihkan sepenuhnya.

“Isi tangki tu dah turun. Paras air dalam tangki kita bagi paras tertentu baru boleh salurkan bekalan seperti biasa semula,” ujar beliau.

Dalam pada itu, pihak SAP mengambil tindakan menghantar lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas paling teruk berikutan kejadian ini.

“Di peringkat SAP kita sudah hantar air menggunakan lori. Tapi kita hanya ada 9 buah lori,” katanya.

Menurut Nik Nazreen Yusrie Nik Jusoh, Pengurus Korporat SAP, beliau berkata kejadian litar pintas berlaku pada papan suis utama mengakibatkan dua daripada tiga buah pam air bersih di loji tersebut tidak berfungsi.

“Kapasiti pengeluaran air bersih turun kepada 30 peratus menyebabkan sesetengah kawasan tidak mendapat bekalan air yang mencukupi,” ujarnya.

“Jika tidak ada berlaku sebarang masalah dalam tempoh ujian ini, kita akan dapat memulihkan bekalan air dalam tempoh 48 jam kepada semua pengguna.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments