Menteri Besar Perlis, YAB Mohd Shukri Ramli mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Chabang, di sini hari ini.
Dalam lawatan tersebut, beliau dimaklumkan berkenaan status projek tersebut yang dijadualkan akan siap selewatnya bulan Oktober 2024.
“Beri keutamaan kepada syarikat tempatan sebagai subkontraktor untuk bantu siapkan projek ini,” ujar beliau dalam lawatannya pagi tadi.
Untuk rekod, projek Pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis ini telah dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ kerana telah terbengkalai selama 11 tahun, sejak 2013.
Sekolah yang dijangka mampu menampung seramai 224 orang altet murid dalam satu-satu masa tersebut akan menumpukan pembangunan enam jenis sukan dalam fasa pertama.
Sukan tersebut ialah olahraga, memanah, badminton, bola jaring, bola sepak serta sepak takraw.