Sunday, 16 March, 2025
HomeInfrastrukturNAIK TARAF TIMAH TASOH LUASKAN PENGAIRAN PERTANIAN

NAIK TARAF TIMAH TASOH LUASKAN PENGAIRAN PERTANIAN

Projek Menaik Taraf Empangan Timah Tasoh yang terbahagi kepada tiga fasa dijangka akan mampu meningkatkan kapasiti takungan empangan dari 33 juta meter padu kepada 87 juta meter padu dengan peningkatan berjumlah 160 peratus.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), peningkatan kapasiti takungan ini mampu meluaskan kawasan pengairan pertanian disamping menambah bekalan air bagi tujuan domestik.

Selain itu, projek ini akan berfungsi sebagai tebatan banjir di kawasan hilir Empangan Timah Tasoh.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli baru-baru ini hadir ke Lawatan Tapak Projek Naik Taraf Empangan Timah Tasoh Fasa 3, Pakej 3 yang menelan belanja hampir RM 100 juta.

Projek tersebut telah mula berjalan pada 21 April 2022 dan dijangka siap pada April 2026.

Empangan Timah Tasoh yang memiliki ban empangan terpanjang di Malaysia sepanjang 3.5 kilometer merupakan infrastruktur terbesar di Perlis dan menjadi salah satu komponen utama sistem pengurusan sumber air paling intensif di Malaysia.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments