Sunday, 16 March, 2025
HomeInfrastrukturMASALAH AIR BERTAKUNG DI JEJAWI DIJANGKA SELESAI JANUARI 2025

MASALAH AIR BERTAKUNG DI JEJAWI DIJANGKA SELESAI JANUARI 2025

“Kita baru serah projek ini pada 28 Mei dan proses penilaian tapak projek akan mula dalam tempoh dua minggu ini,” ujar YB Izizam Ibrahim, EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Perlis.

Menurut beliau, projek naik taraf longkang serta pembesaran jalan di Persimpangan Jalan Jejawi-Tambun Tulang sudah diserahkan kepada kontraktor dan kerja akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat.

Isu air bertakung tersebut mula berlaku pada hujung tahun lalu apabila pihak tuan tanah menimbus longkang sedia ada yang berada dalam kawasan tanah miliknya.

Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telahpun mengambil langkah awal menyelesaikan isu tersebut dengan meletakkan dua set pam air bagu mengepam keluar air yang bertakung masuk ke saluran parit berhampiran.

Menurut Izizam, struktur tanah yang rendah di kawasan tersebut menjadi punca utama keadaan air bertakung terutama apabila berlaku hujan lebat selain daripada pembinaan perparitan yang tinggi dan tidak sesuai untuk mengalirkan air keluar dari kawasan tersebut.

Sebagai penyelesaian jangka panjang, pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan bajet hampir RM 1 juta bagi menaik taraf longkang dan jalan tersebut.

Sebelum ini, beliau bersama YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama ADUN Sena, Datin Marzita Mansor telah beberapa kali datang ke tempat kejadian bagi membincangkan penyelesaian awal termasuk bersama tuan tanah persendirian tersebut.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments