Sunday, 16 March, 2025
HomeSukanRAGBI ROYAL PERLIS 2024: ALL FOR ONE DAN PERLIS BORDERGIRL MUNCUL JUARA

RAGBI ROYAL PERLIS 2024: ALL FOR ONE DAN PERLIS BORDERGIRL MUNCUL JUARA

Takaful Ikhlas, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, telah menganjurkan Kejohanan Ragbi Royal Perlis 7 Sebelah Edisi 2024.

Kejohanan yang telah memasuki edisi kelima sejak mula diperkenalkan pada tahun 2018 ini diadakan sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail.

Kejohanan tahun ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan dengan 12 pasukan bertanding dalam kategori Terbuka Lelaki dan 5 pasukan dalam kategori Terbuka Wanita.

Dalam kategori Lelaki Terbuka, pasukan All For One telah menewaskan Serdang Angels dengan skor 15-12 dalam perlawanan akhir untuk memenangi Final Cup.

Bagi penentuan tempat ketiga dan keempat, Perlis Borderboy berjaya mengalahkan DKI Jakarta dengan skor 19-14.

Dalam perlawanan Final Plate, PDRM mempamerkan dominasi mereka dengan kemenangan 31-0 ke atas Sukma Kedah.

Final Bowl menyaksikan Rugby Aceh menundukkan Royal Town Northern Wanderers dengan skor 31-0.

Sementara itu, UiTM Perlis mengatasi TSU University dengan skor 15-7 dalam perlawanan Final Shield.

Dalam kategori Wanita Terbuka, Perlis Bordergirl berjaya menjuarai Final Cup dengan kemenangan 26-10 ke atas DKI Jakarta.

Dalam perlawanan Final Plate, Peneng Ladies mengalahkan Ladies Barbarian dengan skor 20-0.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalillail.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dan EXCO Sukan, Wan Zikri Afthar Ishak.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments