Sunday, 16 March, 2025
HomeUmumPENGAMAL MEDIA DIRAI SEMPENA HAWANA 2024

PENGAMAL MEDIA DIRAI SEMPENA HAWANA 2024

Menteri Besar Perlis, YAB Mohd Shukri Ramli meluangkan masa meraikan pengamal media yang bertugas di Perlis sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024, di pejabatnya, semalam.

Beliau yang baru selesai mesyuarat mingguan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di tingkat 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar mengadakan majlis ringkas memotong kek dan ucapan kepada ahli Persatuan Wartawan Perlis (PWP) yang hadir.

“Selamat Hari Wartawan Nasional 2024. Semoga semua wartawan akan lebih hebat,” ujarnya dalam ucapan ringkas beliau.

Dalam pada itu, Presiden PWP Syed Azlan Sayid Hizar menyatakan penghargaan kepada Mohd Shukri atas keperihatinan beliau terhadap kebajikan pengamal media di Perlis.

“Terima kasih atas ucapan daripada YAB Menteri Besar Perlis. Kita selalu bersama, beliau juga mengambil berat kepada kita. Kita harap akan dapat terus bekerjasama,” katanya.

29 Mei telah diumum dan diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu iaitu pada 29 Mei 1939 sebagai penghormatan dan pengiktirafan terhadap sumbangan pengamal media.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments