Monday, 16 June, 2025
HomePelanconganPLAZA NIAGA PADANG BESAR : TINDAKAN SENARAI HITAM KE ATAS PENIAGA SEWA...

PLAZA NIAGA PADANG BESAR : TINDAKAN SENARAI HITAM KE ATAS PENIAGA SEWA ATAS SEWA

Pengusaha perniagaan akan berdepan tindakan senarai hitam oleh kerajaan negeri sekiranya didapati menjalankan aktiviti perniagaan secara ‘sewa atas sewa’ di Plaza Niaga Padang Besar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Perlis, YAB Mohd Shukri Ramli ketika sidang media selepas majlis perasmian bangunan tersebut, di Padang Besar, semalam.

“Kita buat tapisan rapi kali ini, peniaga yang dipilih mesti ada daftar peniaga (SSM) dan sebagainya, mesti orang tempatan yang berniaga di sini,” ujarnya.

“Kita akan ambil tindakan amaran untuk dikembalikan lot kepada tuan empunya peniaga asal, tindakan seterusnya ialah ‘blacklist’ (senarai hitam) dan tindakan susulan akan kita buat supaya kita pastikan semua peniaga yang ada di sini orang tempatan.

Menurut beliau, bangunan bernilai RM 4 juta ini dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar dan mempunyai 130 lot perniagaan.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat dan Majlis Perasmian Bangunan Plaza Niaga Padang Besar di bangunan tersebut.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat hadir merasmikan bangunan tersebut bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain itu, beliau turut menyuarakan isu yang sama dalam ucapannya semasa majlis perasmian tersebut.

“Suka saya berpesan kepada para peniaga yang berjaya mendapat peluang berniaga disini agar tidak melaksanakan perniagaan secara ‘sublet’.

“Ini kerana aktiviti ‘sublet’ boleh menyebabkan kesan negatif kepada ekonomi masyarakat setempat, menjejaskan kualiti produk serta menjejaskan kualiti perkhidmatan,” ujarnya.

“Bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025, saya mengharapkan rakyat yang menceburi bidang perniagaan ini dilipat gandakan rezeki dan memperoleh sumber yang diberkati.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments