Thursday, 22 May, 2025
HomePelanconganPLAZA NIAGA PADANG BESAR DIBUKA SECARA RASMI

PLAZA NIAGA PADANG BESAR DIBUKA SECARA RASMI

Selepas mula dinaiktaraf sejak Ogos 2019, Market Baru Padang Besar hari ini mula dibuka secara rasmi dengan nama baharu, Plaza Niaga Padang Besar.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh YAB Menter Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam ucapan beliau petang tadi dalam Majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat dan Majlis Perasmian Bangunan Plaza Niaga Padang Besar.

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat hadir merasmikan bangunan tersebut bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

“Plaza ini sebelum ini dikenali sebagai Market Baru Padang Besar dan telah beroperasi sejak tahun 1995 lagi, ujar Mohd Shukri dalam ucapannya.

“Syukur ke hadrat Allah S.W.T, walaupun kerja-kerja pembangunan agak terbatas disebabkan perintah kawalan pergerakan wabak Covid-19 namun bangunan ini telah siap dinaiktaraf sepenuhnya pada Jun 2024.

Katanya lagi, pembukaan plaza ini diharap mampu menjadi daya penarik pelancong dalam dan luar negara untuk membeli belah seterusnya merancakkan pembangunan ekonomi negeri Perlis disamping merealisasikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

“Saya ingin menyeru agar semua usahawan bersama-sama mencari idea baru dan kreatif untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Plaza ini dan seterusnya meningkatkan lagi jualan.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments