Sunday, 20 July, 2025
HomeUmumPERLIS MENUJU BANDAR PINTAR MENJELANG 2030

PERLIS MENUJU BANDAR PINTAR MENJELANG 2030

Perlis sedang menuju ke arah bandar pintar 2030 dan inisiatif ini akan diteruskan dengan dengan pelbagai projek pendigitalan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika sidang media selepas majlis angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Perlis (MPK) di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurut beliau, pelbagai projek pendigitalan bakal dilaksanakan antaranya pendigitalan sistem pembayaran parkir.

“Saya yakin, dengan adanya perbaharuan yang dirancang dan kerjasama erat antara pelbagai pihak, kita akan memastikan negeri ini lebih ceria dan berketerampilan untuk menghadapi cabaran Tahun Melawat Perlis serta tahun-tahun mendatang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat menyampaikan ucapan tahniah kepada Affendi Rajini Kanth atas pelantikan sebagai YDP MPK baharu menggantikan Norazlan Yahaya.

“Saya harap dengan pelantikan Tuan Affendi ini dapat membawa MPK menjadi lebih cemerlang, selari dengan pelaksanaan Tahun Melawat Perlis 2024/2025.

“MPK perlu mainkan peranan penting dalam memastikan Perlis terus berkembang dengan keindahan landskap, kebersihan yang terjaga dan kecekapan pengurusan.

Katanya, usaha tersebut selaras dengan persiapan menyambut Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menjelang 2025.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments