Sunday, 16 March, 2025
HomePentadbiranAFFENDI RAJINI KANTH RASMI SEBAGAI YDP MPK BAHARU

AFFENDI RAJINI KANTH RASMI SEBAGAI YDP MPK BAHARU

Affendi Rajini Kanth, 48 hari ini sah dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang baharu menggantikan Norazlan Yahaya yang telah tamat tempoh kontrak.

Beliau hadir ke Pejabat Menteri Besar Perlis bagi mengangkat sumpah di hadapan YAB Tuan Mohd Shukri Ramli dalam Majlis Pengakuan Menerima Jawatan, di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar, di sini, hari ini.

Majlis turut disaksikan oleh barisan Ahli Majlis MPK yang hadir.

Beliau yang merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD M54) sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kedah.

Selain itu, beliau yang merupakan anak jati kelahiran Perlis juga pernah berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Nama beliau turut tercatat dalam Malaysia Book of Records apabila melakukan jelajah solo menunggang motosikal jenis BMW RT1200 pada 18 hingga 30 April 2019 melibatkan 12 Parlimen di Semenanjung Malaysia untuk mendekati Gen-Y.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments