Sunday, 16 March, 2025
HomeAgamaPERTEMUAN ERAT HUBUNGAN, BINCANG ISU SYARIAH

PERTEMUAN ERAT HUBUNGAN, BINCANG ISU SYARIAH

YB Muhammad Azmir Azizan, EXCO Hal-Ehwal Agama Perlis bersama pegawai-pegawai agensi di bawah portfolio beliau mengadakan kunjung hormat kepada Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah & Pemerkasaan Syariah Terengganu, YB Dr. Muhammad Khalil Abd Hadi di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Menurut beliau, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut bagi mengerat hubungan antara dua kerajaan Perlis dan Terengganu. Ia termasuklah melibatkan undang-undang syariah Islam yang tertakluk di bawah bidang kuasa negeri.

“Tujuan kunjungan ke Negeri Terengganu adalah untuk mengambil pengalaman ‘abang’ disamping bertukar pandangan khususnya antara agensi bawah portfolio yang sama di kedua-dua negeri,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil turut mengulas isi pertemuan yang turut berkisar tentang kaedah pemerkasaan syariah setelah berdepan cabaran pasca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.

“Jadi perkara itu penting kerana kita mahu masyarakat faham tentang apa yang berlaku,” ujarnya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments