Sunday, 16 March, 2025
HomeKomunitiKAYUHAN NOSTALGIA KANGAR HIMPUN PELBAGAI JENIS BASIKAL

KAYUHAN NOSTALGIA KANGAR HIMPUN PELBAGAI JENIS BASIKAL

Kangar Street Art baru-baru ini berjaya menghimpunkan peminat basikal dari pelbagai jenis basikal seperti BMX, classic bike, fixie, townbike, mountain bike, road bike dan banyak lagi.

Ia sempena program Kayuhan Nostalgia Kangar (Night Ride) yang dianjurkan bagi mengisi aktiviti sempena sambutan hari keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-81.

Selain itu, ia juga dilangsungkan sempena meraikan Perlis sebagai tuan rumah kepada Kejohanan Junior Cycling Malaysia.

Menurut EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, YB Wan Zikri Aftar berkata, program ini juga bertujuan menguji kemampuan laluan bandar lama Kangar yang akan menjadi laluan utama Kejohanan Kangar Night Criterium Terbuka Perlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Kejohanan ini berbentuk criterium akan menyaksikan pertandingan berbasikal di waktu malam dengan jarak tidak melebihi 1.2 km,” ujar beliau.

Orang ramai hadir bersama keluarga menyertai aktiviti kayuhan basikal sejauh 1.2 km mengelilingi Pekan Kangar.

Selain itu, terdapat juga persembahan busking, pameran barangan klasik, pameran basikal klasik dan vintaj.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang sempat menyempurnakan acara pelepasan acara kayuhan baskal.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments