Sunday, 16 March, 2025
HomeRakyat460 SERTAI FUN RUN DI PINTU SEMPADAN

460 SERTAI FUN RUN DI PINTU SEMPADAN

Seramai 460 orang peserta dari pelbagai peringkat umur menyertai program Padang Besar Utara (PABERA) Fun Run 1.0 2024 yang dijalankan di Hub Bas Padang Besar Utara pada Sabtu lepas.

Program anjuran Anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Titi Tinggi itu diadakan bersempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke -81.

Peserta larian PABERA Fun Run 1.0 2024 itu memulakan acara dengan sesi memanaskan badan sebelum berlari sejauh 5 km.

“Kita bersyukur program ini mendapat sambutan daripada masyarakat terutama anak muda dan pelajar sekolah,” ujar ADUN Titi Tinggi, YB Izizam Ibrahim.

Katanya, acara yang julung kali diadakan tersebut turut menerima peserta dari kawasan luar Padang Besar.

Pemenang acara tersebut menerima hadiah berupa hamper, medal serta sijil penyertaan.

Selain itu, turut diadakan acara cabutan bertuan bagi meraikan semua peserta yang hadir.

YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli hadir menyempurnakan acara pelepasan larian tersebut bersama Izizam Ibrahim.

Turut hadir dalam program tersebut ialah ADUN Chuping, YB Saad Seman.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments