EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis, YB Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini sejak petang kelmarin.
Menurut YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Wan Badariah dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat untuk kembali sembuh.
“Dia ditidurkan, terbaharu saya dimaklumkan pada tengah hari ini dia stabil,” ujar beliau ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar selepas Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam.
Beliau yang dilaporkan mengalami komplikasi jantung jantung dan paru-paru berpunca daripada tiroid.
“Kita doakan semoga dia cepat sembuh, punca awal tirod dan membawa kesan kepada jantung dan paru-paru,” katanya lagi.
“Saya syorkan dia bercuti untuk dapatkan rawatan yang lebih sempurna.
“Kita seru semua rakyat doakan untuk kesihatan dan kesembuhan YB Wan Badariah,” katanya.
Berkenaan tugasan dalam portfolio yang disandang oleh YB Wan Badariah, Mohd Shukri berkata pihaknya belum membuat sebarang keputusan untuk dipangku oleh mana-mana pihak.