Saturday, 22 March, 2025
HomeRakyatSUAMI ISTERI PENUHI HASRAT AYAH INGIN BERTEMU CIKGU SHUKRI

SUAMI ISTERI PENUHI HASRAT AYAH INGIN BERTEMU CIKGU SHUKRI

“Jujur kami tidak sangka, posting (hantaran) yang saya upload (muat naik) pagi tadi mendapat tindak balas dari pihak Pejabat MB,” demikian hantaran pemilik akaun Facebook bernama Mazni Abdul.

Beliau sebelum itu memuat naik hantaran di Facebook berkenaan hasrat ayahnya yang baru selesai menjalani pembedahan mata ingin bertemu Menteri Besar Perlis, YAB Tuan Mohd Shukri Ramli yang lebih mesra dipanggil sebagai ‘Cikgu Shukri’.

Posting awal Puan Mazni yang mendapat perhatian YAB Menteri Besar Perlis.

Mohd Shukri yang kebetulan mempunyai ruang masa pada petang Isnin lalu bergegas ke rumah keluarga Azhar Yaakub bagi memenuhi hasrat ayahnya Abdul Mat Jaafar, 82 yang ingin bertemu dengan beliau di Kuartes Klinik Kesihatan Kuala Perlis.

“Alhamdulillah usai saya menerima kunjungan hormat dari barisan peguam Perlis semalam terus saya bergegas ke Kuala Perlis. Bukan atas urusan rasmi. Bukan kerana jadual program yang disusun. Tetap lebih kepada memenuhi hasrat seorang ayah kepada anaknya.

“Pegawai saya ada menunjukkan satu ‘posting Facebook’ berkenaan keluhan seorang ayah yang terlantar dan nak berjumpa MB Perlis. Walaupun jadual padat sampai ke malam, saya cari masa juga dan terus ajak pegawai saya pergi menziarahi keluarga ini.

“Walaupun diuji dengan masalah kesihatan namun jelas perasaan gembira beliau melihat kehadiran saya. Insya-Allah saya doakan diberi kesembuhan dan dimudahkan urusan keluarga ini.

“Kadang usaha kecil kita menggembirakan orang lain, Allah akan terus memberi kita senyuman walaupun kita diuji pelbagai ujian,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments