Sunday, 16 March, 2025
HomePentadbiranHASRAT WUJUDKAN UNIT INTEGRITI DITERIMA BAIK - MB PERLIS

HASRAT WUJUDKAN UNIT INTEGRITI DITERIMA BAIK – MB PERLIS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dimaklumkan telah menyambut baik hasrat YAB Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi mewujudkan Unit Integriti (UI) di dalam Pejabat Menteri Besar Perlis.

Ia rentetan daripada kenyataan Mohd Shukri pada 2 Mei lalu yang inginkan perkara tersebut bagi memastikan pengurusan kerajaan dapat bergerak dengan bersih dan berintegriti.

Mohd Shukri baru-baru ini menerima kunjungan hormat Pengarah SPRM Perlis, PKPj Mohd Nor Adha Ab Ghani di Pejabat Menteri Besar Perlis, Kangar.

Menerusi laman Facebook miliknya, beliau menyatakan kesyukuran atas respon baik yang diberikan oleh pihak SPRM berkenaan cadangan beliau.

“Syukur juga pihak SPRM Perlis menerima baik cadangan saya untuk mewujudkan Unit Intergriti (UI) di dalam Pejabat Menteri Besar Perlis.

“Mereka insya-Allah akan memberi kerjasama yang sangat baik dalam memastikan pengurusan kerajaan negeri dapat diurus tadbir dengan lebih baik,” katanya lagi.

Pertemuan tersebut turut membuahkan perbincangan berkenaan pengurusan dan pentadbiran kerajaan disamping kaedah terbaik bagi mencegah salah laku melibatkan pengurusan kerja.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments