Sunday, 16 March, 2025
HomePertanianBELUM ADA YANG MAMPU TANDINGI HARUMANIS PERLIS

BELUM ADA YANG MAMPU TANDINGI HARUMANIS PERLIS

Memberi respon balas kepada kenyataan Dato’ Seri Muhammad Sanusi, seorang pengusaha Harumanis Perlis, Tuan Muhammad Mustaqim Abdullah berkata, beliau secara peribadi tiada masalah bahkan mengalu-alukan mana-mana negeri untuk mengkomersialkan buah harumanis.

“Permintaan terlalu tinggi. Kalau kita tangguh pungut buah walaupun satu hari kita akan hadapi masalah,” katanya.

Namun begitu, menurutnya meskipun Thailand dan Indonesia terkenal dengan teknologi dalam industri pertanian, namun masih tidak berjaya menghasilkan buah harumanis yang mampu dipasarkan secara komersial seperti Harumanis Perlis.

“Indonesia sudah ada arumanis tapi tidak mampu se-komersial Harumanis Perlis mungkin kerana Harumanis Perlis mempunyai aura yang tersendiri,” katanya.

Katanya lagi, kedudukan Negeri Perlis yang berada di garisan iklim sub-tropika menjadikan cuaca panas dan kering yang sangat unik dan sesuai dengan keperluan pokok harumanis.

“Faktor tanah juga main peranan. Lima tahun lepas banyak harumanis yang menjadi di Perlis Utara sahaja. Cuma mutaakhir ini menjadi juga di kawasan perairan MADA dalam Negeri Perlis ini”

Selain itu, beliau berkata harumanis di Kedah telah lama ditanam di sekitar Padang Terap sekitar 20 tahun lalu namun tidak mampu dikomersialkan seperti Harumanis Perlis.

“Terengganu juga pernah ditanam harumanis tetapi pokoknya tidak menghasilkan buah yang baik sama setiap tahun seperti di Perlis”

“Johor juga salah satu pengeluar awal anak pokok harumanis 20-30 tahun yang lalu. Jika mereka boleh buat (komersialkan) sudah lama mereka lebih kaya dengan harumanis”

Beliau yang mula berkecimpung dalam industri pengkomersialan Harumanis Perlis sejak 1989 bersama ayahnya terpaksa bekerja keras memproses buah kadangkala sehingga 3.00 pagi setiap hari demi memenuhi permintaan pelanggan.

“Sekitar 30 tahun berkecimpung dalam mengusahakan pemasaran harumanis perlis Perusahaan Abdullah Sekeluarga”

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments