Sunday, 16 March, 2025
HomeKomunitiRM8.12 JUTA DIPERUNTUKKAN KEPADA 20 PROJEK DI PERLIS

RM8.12 JUTA DIPERUNTUKKAN KEPADA 20 PROJEK DI PERLIS

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini mrngumumkan peruntukan berjumlah RM8.12 juta bagi menjayakan 20 projek pembangunan komuniti mampan di Perlis.

RM2.96 juta diperuntukan bagi menggantikan enam unit lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sena manakala RM1.7 juta bagi pelaksanaan lima projek Program Penyelenggaraan Perumahan termasuk membaiki lampu koridor, bumbung, dan sebagainya.

“Kita juga memperuntukkan RM480,000 bagi pembinaan semula enam unit gerai di Pasar Borong Sena yang telah siap pada tahun ini dengan kemudahan surau dan tandas bagi keselesaan peniaga dan pengunjung,” ujar menteri KPKT, YB Nga Kor Ming.

Selain itu, sejumlah RM100,000 diperuntukkan bagi menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Perlis 2024 iaitu ‘Street Art for Cities Mental Health’ bagi mewujudkan persekitaran menyokong bandar sihat melalui aktiviti mobiliti aktif seperti berjalan kaki serta penggunaan kenderaan mikromobiliti.

Terdahulu, beliau bersama YAB Menteri Besar Perlis, Tuan Mohd Shukri Ramli turut melancarkan program ANMS sempena jelajah Sentuhan Kasih KPKT 2024 di Kangar Street Art.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments