Sempena Junior Cycling Malaysia (JCM) dan Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis dengan Kerjasama Persatuan Basikal Negeri Perlis akan menganjurkan KAYUHAN NOSTALGIA KANGAR ( NIGHT RIDE ) seperti butiran berikut:
17 Mei 2024 | Jumaat
⌚ 8.00 malam
Kangar Street Art
Aktiviti:
1. Kayuhan basikal
2. Jualan makanan foodtruck & kopi hipster
3. Busking
4. Pameran
5. CABUTAN BERTUAH
Justeru itu, saya menyeru seluruh rakyat Perlis dan juga peminat-peminat sukan berbasikal untuk sama-sama kita kayuh di laluan yang ditetapkan dan tamat di ‘checkpoint’ Kangar Street Art yang berwajah baharu.
Insya-Allah saya juga akan turut kayuh bersama-sama pada malam tersebut. Makanan dan minuman ringan ada juga disediakan.
Penyertaan program adalah PERCUMA. Anda cuma perlu mendaftar melalui kod QR yang disediakan atau boleh hubungi En Nabil dan Pn Anis di talian : 04-976 7406
Jumpa anda di sana !
YB Wan Zikri Afthar Ishak,
EXCO Pembangunan Belia & Kemajuan Sukan Perlis
