Monday, 16 June, 2025
HomePertanianHARUMANIS PERLIS TIADA TANDINGAN - MB PERLIS

HARUMANIS PERLIS TIADA TANDINGAN – MB PERLIS

Selain menjadi destinasi pelancongan untuk mereka yang ingin mencari ketenangan, Perlis juga sangat sebati dengan mangga Harumanis Perlis.

Harumanis Perlis juga turut didaftarkan dalam Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO) sebagai Petunjuk Geografi kepada Perlis dan ia hanya boleh digunakan kepada mangga yang tumbuh hanya di Negeri Perlis sejak 2011.

Mengulas mengenai kenyataan Dato’ Seri Muhammad Sanusi, Menteri Besar Kedah yang mengatakan Kedah akan meninggalkan Perlis melalui Harumanis D’Aman, YAB Mohd Shukri Ramli berkata Harumanis Perlis tetap menjadi pilihan utama di negara ini.

“Saya ingat Datuk Seri Sanusi ini berangan, mangga Harumanis Perlis tidak akan boleh ditandingi mangga mana-mana negeri pun, insya -Allah kerana dia mempunyai rasa tersendiri,” katanya.

Tambah beliau, cuaca panas dan tanah di bahagian utara Perlis amat unik dan sesuai untuk penanaman Harumanis berbanding di tempat lain.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pejabat Menteri Besar, Pejabat Speaker dan Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, semalam.

“Harum Manis Perlis biasanya manis dan berbau harum, paling penting sesiapa yang cuba membawa balik benih mangga untuk ditanam di negeri lain, rasa manis dan keharuman tidak sama dengan di sini.”

“Ini disebabkan kawasan muka bumi Perlis ini yang berbukit dan cuacanya lebih kering jadi kita melihat ini sebagai anugerah Allah tidak terhingga di negeri ini,” katanya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments