Saturday, 22 March, 2025
HomeUmumTIADA DESAKAN UNTUK SAYA LETAK JAWATAN - MB PERLIS

TIADA DESAKAN UNTUK SAYA LETAK JAWATAN – MB PERLIS

“Dalam parti dan dalam pentadbiran saya tiada desakan untuk saya meletakkan jawatan. Cuma ada dalam media sosial,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan terus memberi fokus untuk menguruskan negeri berbanding melayan desakan kepadanya untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Dalam pada itu, beliau menyatakan hasrat melantik seorang Pegawai SPRM sebagai Unit Integriti di dalam Pejabat Menteri Besar Perlis.

“Saya akan bincang dengan Ahli EXCO dan Penasiat Undang-Undang untuk melihat kesesuaian meletakkan seorang Pegawai SPRM sebagai Unit Integriti dalam pejabat saya untuk memastikan urus tadbir berlaku dengan bersih”

“Kita akan lihat pro & kontra”

Katanya lagi, perkara tersebut turut akan melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri kerana gaji pegawai tersebut akan dibayar oleh kerajaan negeri.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments