Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyeru rakyat Perlis bersama dalam himpunan di Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur pada 4 Mei (Sabtu) ini bersempena Himpunan 100K Bela Palestin – Solidariti ‘Raya Bersama Gaza’, pada jam 3.00 petang.
Menurut penganjur, himpunan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis Israel hampir 70 tahun.
Episod serangan yang berlaku pada 7 Oktober lalu belum kelihatan bibit-bibit penghujung meskipun telah mengorbankan nyawa lebih 40,000 nyawa rakyat Gaza yang tidak bersalah termasuk warga emas, wanita dan kanak-kanak.
Dalam pada itu, YB Asrul Aimran Abd Jalil, EXCO Sumber Manusia merangkap Ketua Penerangan PAS Perlis turut menyampaikan seruan senada dengan Menteri Besar Perlis selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Kompleks DUN, di sini, hari ini.
Pihak penganjur menetapkan peserta daripada utara tanah air untuk berkumpul di Masjid KLCC sebelum bergerak ke lokasi himpunan dengan memakai baju raya bertemakan warna bendera Negara Palestin.