Sunday, 16 March, 2025
HomePelanconganBATU KAPUR GUA KELAM HEMPAP 6 MOTOSIKAL

BATU KAPUR GUA KELAM HEMPAP 6 MOTOSIKAL

Enam buah motosikal yang diletakkan di tapak parkir Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam, Pekan Kaki Bukit musnah akibat kejadian runtuhan batu kapur di sini, semalam.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku sekitar 1.30 tengah hari tersebut tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Awang Shaffie Awang Ahmadni, kawasan tersebut di bawah seliaan pihaknya dan kejadian tersebut terletak sekitar 30 meter berhampiran pintu masuk Gua Kelam.

“Kejadian runtuhan batu di kawasan gua itu berlaku dari ketinggian antara 10 hingga 20 meter dipercayai disebabkan kejadian semulajadi akibat proses luluhawa iaitu satu proses penyepaian, pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan di kawasan gua itu.”

Katanya lagi, aktiviti memasuki Gua Kelam ditutup buat sementara waktu kepada orang awam sebagai langkah keselamatan.

“Walaubagaimanapun, penutupan itu tidak menjejaskan lokasi lain seperti aktiviti mandi manda, pameran galeri serta Rumah Cermin yang terus dibuka kepada pengunjung,” katanya.

“Kejadian ini berlaku kali pertama sejak 10 tahun lalu”

Menurutnya lagi, satu kajian lanjut akan diselaraskan bersama pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk menilai kawasan tebing bukit sekitar kawasan Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam.

Dalam pada itu, EXCO Alam Sekitar, YB Megat Hashirat Hassan turut bergegas hadir ke lokasi kejadian bersama ADUN Beseri, YB Haziq Dun selepas mendapat maklumat berkenaan kejadian tersebut.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments