Sunday, 20 July, 2025
HomeRakyatTUNGGAKAN BIL AIR PERLIS CECAH RM34.84 juta

TUNGGAKAN BIL AIR PERLIS CECAH RM34.84 juta

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menasihati semua pengguna bekalan air di
negeri ini untuk bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil air yang kini mencecah RM34.84 juta.

“Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak, Insyal-Allah pengurusan bekalan air di negeri ini dapat dipertingkatkan,” titah baginda

Baginda bertitah, perkhidmatan bekalan air terawat di Perlis masih belum mencapai tahap optimum dan kualiti yang memuaskan.

“Isu Air tidak Berhasil (Non-Revenue Water, NRW) juga masih tinggi, iaitu pada kadar 62.5 peratus,” titah baginda.

Titah ucapan baginda itu dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi geran kepada semua negeri yang mempunyai kadar Air Tidak Berhasil (NRW) melebihi 50 peratus.

“Diharapkan agar kerjasama ini dapat membantu Kerajaan Negeri dalam
memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada rakyat,” titah baginda.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments