Sunday, 16 March, 2025
HomePerlis BersihTINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL UNTUK JAGA KEBERSIHAN - RAJA PERLIS

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL UNTUK JAGA KEBERSIHAN – RAJA PERLIS

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah bahawa tahap kebersihan di Perlis masih lagi belum berada pada tahap yang boleh dibanggakan meskipun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri.

“Beta sedar bahawa memanda Menteri Besar mengambil berat akan permasalahan ini,” titah baginda.

“Perbuatan-perbuatan seperti membuang sampah merata-rata, membuang sisa buangan secara terus ke dalam laut dan sungai, serta melakukan pembakaran secara terbuka, merupakan beberapa tindakan yang melampaui batas dan juga pengambilan hak orang lain.”

Titah ucapan baginda itu dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN di sini hari ini.

“Beta berharap, selain daripada kempen kesedaran yang dilaksanakan dari masa ke semasa, penguatkuasaan undang undang berkaitan kebersihan persekitaran juga perlu dilaksanakan dengan tegas serta berkesan,” titah baginda.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments