Monday, 16 June, 2025
HomeRakyatRAKYAT GAZA KELAPARAN, RAKYAT PERLIS JANGAN BAZIR MAKANAN

RAKYAT GAZA KELAPARAN, RAKYAT PERLIS JANGAN BAZIR MAKANAN

Laporan terbaharu oleh Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) menganggarkan bahawa 1.1 juta orang iaitu separuh daripada penduduk Gaza mengalami bencana kelaparan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, menjelang Mei tahun ini kebuluran dijangka melanda utara Gaza tahun ini, walhal di sini setiap hari banyak bahan makanan yang dibazirkan.

“Kajian komposisi sisa pepejal mengikut komponen yang dijalankan di 28 kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diselia oleh SWCorp, telah merekodkan sebanyak 86,766.29 tan (35.45%) daripada jumlah keseluruhan sisa pepejal yang dilupuskan sepanjang bulan Ramadan tahun 2023 adalah merupakan sisa makanan”

Menurut hasil kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui SWCorp, sebanyak hampir 1.8 juta kilogram sisa makanan dilupuskan di Perlis pada tahun 2023.

“Beta berharap Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah bermakna bagi menghentikan pembaziran ini bukan sahaja pada bulan Ramadan tetapi pada setiap masa.”

Titah ucapan baginda itu dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN di sini hari ini.

“Kita patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan yang aman, harmoni dan bebas daripada peperangan,” titah baginda.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments