Monday, 16 June, 2025
HomePelanconganPERLIS BAKAL WUJUDKAN PUSAT BIODIVERSITI

PERLIS BAKAL WUJUDKAN PUSAT BIODIVERSITI

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengalu-alukan hasrat Perlis untuk mewujudkan Pusat Biodiversiti Negeri Perlis.

Titah baginda, “mengambilkira kekayaan khazanah bumi dan alam semulajadi
yang terdapat di Negeri ini, Beta mengalu-alukan hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Pusat Biodiversiti Negeri Perlis.”

Baginda yakin pusat biodiversiti tersebut akan menjadi pusat biodiversiti setempat wilayah
utara seterusnya dapat mengukuhkan lagi usaha pemeliharaan sumber biodiversiti Negeri Perlis.

“Landskap alam semula jadi Perlis adalah satu anugerah yang tidak terhingga dikurniakan Allah S.W.T kepada kita. Dengan kelebihan tersebut, Beta ingin menzahirkan kesyukuran atas pengiktirafan Negeri Perlis sebagai Geopark Kebangsaan pada 9 November 2023”

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, supaya kerajaan negeri meningkatkan momentum pelaksanaan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 yang mendapat sambutan amat memberansangkan serta maklum balas positif daripada pengunjung dalam dan luar negara.

“Beta mengambil maklum bahawa setelah 4 bulan pelaksanaan TMPs 2024-2025,
Kerajaan Negeri kini merekodkan trend peningkatan pelancong”

“Beta dimaklumkan bahawa Perlis merupakan satu-satunya geopark yang melibatkan sebuah negeri serta mempunyai 23 geotapak yang mana 3 daripadanya bertaraf antarabangsa, 14 bertaraf kebangsaan dan 6 bertaraf tempatan serta 8 biotapak
dan 12 tapak budaya,” titah baginda.

Titah ucapan baginda itu dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersempena Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke 15 di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments