Sunday, 16 March, 2025
HomePelaburanKERAJAAN NEGERI PERLU LAKSANA DASAR MESRA PELABUR - RAJA PERLIS

KERAJAAN NEGERI PERLU LAKSANA DASAR MESRA PELABUR – RAJA PERLIS

Kerajaan Negeri diingatkan agar mengutamakan dasar mesra pelabur disamping menyediakan kemudahan infrastruktur dan kemudahan sosial bagi menampung keperluan pekerja industri.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menzahirkan keyakinan Perlis mampu menyumbang KDNK negara melalui peningkatan sektor ekonomi utama seperti perkhidmatan dan logistik, pertanian, pelancongan, perlombongan dan pengkuarian, keusahawanan dan penjanaan ekonomi berasaskan digital, serta industri pembuatan.

Titah baginda, projek pembangunan berskala besar seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis Inland Port (PIP) dan Pelabuhan Sanglang Perlis mampu mengubah landskap ekonomi Perlis seterusnya memangkin penarikan lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

“Di bawah Rolling Plan Keempat, Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM573.41 juta bagi pelaksanaan 159 projek.”

“Daripada jumlah ini, sebanyak 51 buah projek baharu telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM75.4 juta.”

“Beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan kerjasama dalam menyokong agenda-agenda pembangunan Kerajaan Negeri, termasuk di atas kelulusan peruntukan-peruntukan tersebut.”

Titah baginda tersebut dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Majlis Istiadat Perasmian Penggal Persidangan ke-2, Dewan Undangan Negeri Perlis ke-15, di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berkenan berangkat hadir ke majlis tersebut.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments